· Merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa.
· Umumnya,kanak-kanak lebih mudah memperoleh bahasa pertama jika dibandingkan dengan orang dewasa yang mempelajari bahasa kedua.
· Ini mungkin kerana wujudnya masa kritikal iaitu lingkungan bagi pendedahan persekitaran untuk meransang perkembangan bahasa kanak-kanak.
· Teori masa kritikal juga menjelaskan jangka masa pembelajaran bahasa yang paling baik bagi kanak-kanak.
· Ahli teori sentiasa menitikberatkan sama ada pemerolehan bahasa berlaku disebabkan oleh faktor ilmiah atau melalui pemupukan.
· Ahli linguistik pula percaya kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa atau language acquisition device (LAD) dalam otak mereka.
· Kajian tentang pemerolehan bahasa bukan hanya menarik minat pengkaji sahaja malah merupakan satu cara untuk menjawab persoalan dalam bidang sains kognitif secara konkrit, iaitu yang berhubung dengan :
· Konklusinya, pemerolehan bahasa adalah kerana fitrah dan ianya berbeza daripada konsep akal yang umum.
Hubungan otak dengan bahasa
· Pada tahun 1861, Paul Broca telah mengaitkan bahasa dengan bahagian kiri otak.
· Beliau mengatakan manusia bertutur melalui hemisfera kiri (medan Broca) dan jika rosak ianya akan menyebabkan orang hilang kemampuan bertutur.
· Tahun 1874, Carl Wernicke menemukan satu lagi afasia yang juga akan menggangu kemampuan bertutur (medan Wernicke).
· Kebanyakan pengkaji berpendapat bahawa kerosakan hemisfera kiri akan menyebabkan gangguan berbahasa.
Pemerolehan Bahasa Pertama
· Bahasa pertama individu kerap digunakan sebagai asas identiti sosiolinguistik.
· Bahasa pertama ditakrifkan dengan pelbagai nama iaitu bahasa pertama, bahasa natif dan bahasa ibunda.
· Selain itu, bahasa pertama juga didefinisikan dengan berdasarkan aspek tertentu iaitu punca asal, identifikasi dalaman, identifikasi luaran, kecekapan dan fungsi.
· Bahasa pertama merujuk kepada bahasa ibunda iaitu yang mula-mula diperoleh sejak kanak-kanak dilahirkan.
· Menguasai kemahiran bahasa pertama dengan baik juga amat penting untuk faedah pembelajaran selanjutnya.
· Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak pada umumnya mengikut urutan yang dapat diramalkan.
Pemerolehan Bahasa Kedua
· Bahasa kedua digunakan untuk merujuk kepada bahasa-bahasa lain selepas pemerolehan bahasa pertama.
· Pada umur 6 atau 8 tahun dikatakan masa yang penting untuk pembelajar bahasa kedua menghampiri natif atau menyamai penutur natif.
· Biasanya, penutur tidak mencapai kemahiran dan pemahaman bahasa kedua sama cekap seperti bahasa pertama.
· Hal ini ada kaitan dengan pendapat tentang “hipotesis masa kritikal” dalam pemerolehan bahasa.
Tahap pemerolehan bahasa kedua
1.Umumnya, kanak-kanak dapat memperoleh bahasa kedua lebih baik berbanding dengan orang dewasa.Orang dewasa pula memperoleh bahasa kedua melalui pembelajaran secara formal.
2.Tahap pemerolehan bahasa kedua :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan